berita

[VIDEO] ‘Pengganti Mak Leha Ni…’ – Lepas Tengok 7 Hari Mencintaiku, Anak ‘Tarbiah’ Bapa, Memang Padu!

August 12th, 2020 | by Shira
Video Popular

Drama 7 Hari Mencintaiku kini menjadi salah satu drama yang sangat popular dan sering menjadi sebutan ramai. Penonton drama ini juga terdiri daripada pelbagai jenis peringkat umur termasuklah kanak-kanak.

Terbaru, viral di media sosial mengenai satu video memperlihatkan telatah comel seorang kanak-kanak yang asyik bercerita kepada bapanya tentang adegan dalam drama tersebut.

Bukan main lagi ye dik, comel!

Menerusi video pendek berdurasi 0:26 saat yang dikongsikan semula oleh Facebook Viral Media Johor memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kereta bersama bapanya. Kanak-kanak yang masih berpakaian sekolah itu telah menceritakan kepada bapanya mengenai satu adegan ‘gaduh’ yang terdapat dalam drama yang diminati ibunya.

Si bapa kemudian memberitahu bahawa tajuk drama tersebut adalah 7 Hari Mencintaiku. Kanak-kanak ini dengan bersemangat telah menceritakan kepada bapanya watak dalam drama tersebut telah dipukul sehingga berdarah. Bukan itu sahaja, sampai urat-urat pun keluar tau! Sedang asyik bercerita dan dalam keadaan yang spontan, dia sempat ‘menasihati’ bapanya supaya tidak menjadi kasar seperti watak tersebut. Lebih mencuit hati apabila dia memperingati bapanya agar bercakap lembut dengan anak-anak dan isteri. Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat telatah spontan anak kecil ini. Bukan main petah lagi dia bercakap!

‘Pengganti Mak Leha’

‘Ada gaya bawang junior’

Sumber: Viral Media Johor