Baru-baru ini, viral di media sosial, Twitter mengenai beberapa video rakaman yang menunjukkan salah satu ruangan di dalam pusat beli-belah di Johor Bharu telah terbakar. Video tersebut dipercayai dirakam oleh salah seorang pengunjung kompleks beli-belah berkenaan.
Apa yang lebih mengejutkan, kejadian itu turut disaksikan oleh para pengunjung yang berada di situ.
Mid Valley Kota Southkey terbakar
Promotion area Mid Valley Southkey JB terbakar guys?? pic.twitter.com/I5dK1m8leh
— Mufasa ? (@Shxhrlkamal) September 18, 2019
Menerusi Berita Harian, pengunjung di salah sebuah kompleks beli-belah terkenal di Kota Southkey dikejutkan dengan satu insiden cemas apabila ruang pameran di pusat beli-belah tersebut terbakar.
Dalam kejadian itu dilaporkan perkakas pameran seperti perabot bilik tidur dan tilam berjenama mewah turut musnah dijilat api. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran tersebut.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Haizrul Rahmad, berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor terus menghantar sebuah jentera bersama tujuh orang anggota bomba sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.
Sebuah jentera dari BBP Larkin dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang digegaskan ke lokasi bagi mengawal kebakaran.
Punca kebakaran masih dalam siasatan
Tambahnya lagi, setibanya pihak bomba di kawasan kejadian didapati kebakaran tersebut telah pun dipadamkan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan.
Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak pengurusan bangunan dengan menggunakan sistem pancur (hose reel) dan empat unit alat pemadam api jenis debu kering.
Walau bagaimanapun, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: Twitter, Berita Harian, Astro Awani