Pengurus kepada pelakon Nur Fazura iaitu Iman Tang tampil menjelaskan spekulasi netizen berhubung tindakan aktres itu membawa lima pengawal peribadi ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Selangor, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pakai Serba Putih Datang Mahkamah, Dikawal Lima ‘Bodyguard’ – ‘Saya Tenang & Sihat Hari Ini’
Sebab bawa ‘bodyguard’
Ketika ditemui OhBulan! Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, 49, memaklumkan ianya adalah satu keperluan demi memastikan keselamatan aktres itu terjamin selain mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.
Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah pengawal peribadi.
Saya sebagai pihak pengurusan memang benarkan sahaja permintaan itu sebab pernah ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan.
Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa bodyguard, keadaan jadi tidak terkawal dan dia dikasari peminat.
Iman berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media, Konsert Govinda, Hal Hebat, pada Rabu.
Tambah Iman lagi, ianya juga adalah sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan mereka tidak tahu bagaimana keadaan di mahkamah pada hari itu.
Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat.
Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media.
Tak hirau komen netizen
Sementara itu, Iman menegaskan bahawa pihaknya juga enggan mengambil peduli tentang apa yang dibahaskan netizen di media sosial kerana mereka tidak tahu apa dilalui aktres itu.
Bagi saya perkara tersebut tidak menjadi isu pun, kadangkala kita tak boleh terlalu ambil peduli tentang apa yang netizen katakan.
Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini.
Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima.
@ohbulanofficial Replying to @Rina? ada sebab kenapa Fazura perlukan 5 bodyguard ?#ohbulan #fyp #news #pengurus #fazura #perjelas #lima #bodyguard ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kehadiran pelakon filem J-Revolusi itu ke Mahkamah tersebut mencuri perhatian apabila seramai lima pengawal peribadi ditugaskan untuk melindunginya.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.