Pelawak Shuib memaklumkan semalam merupakan hari terakhir pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Shafiq Sharip atau Abu berkhidmat untuknya.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mengaku Tak Tahu Cara Menyiang Ikan Sebelum Kahwin, Ibu Mentua Puji Sebab Jujur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sudah Selesaikan Isu KWSP Pekerja, Syukur Pelanggan Setia Membeli – ‘Kedudukan Kewangan Makin Stabil, Sambutan Luar Biasa’
Pengurus Shuib berhenti kerja
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib menitipkan ucapan terima kasih kepada pengurusnya yang sudah dianggap sebagai ‘orang penting’ dalam hidup yang selama ini telah memudahkan serta membantu urusan kerja.
Hari ini (Rabu) hari terakhir Dol a.k.a Shafiq Abu. Inilah orang yang ada di saat susah dan senang, orang yang sentiasa ada di saat aku nangis dan ketawa.
Orang yang ada di saat genting dan penting, ‘orang penting Shuib’. Terima kasih Dol, terima kasih atas segalanya. Terima kasih bawak aku ke sana ke sini.
Uruskan itu ini, tengokkan anak-anak, tengokkan keluarga aku. Kau yang ada saat aku jatuh terpaling bawah. Maafkan aku kalau ada salah dan silap dari aku.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, turut mendoakan kejayaan Shafiq dalam apa jua yang dilakukan.
Aku sayang kau dunia akhirat. Insya-Allah terus sukses dengan apa yang di cita-citakan. Semoga keluarganya diberkati dunia akhirat.
Terima kasih jadi orang penting aku. Terima kasih untuk kenangan selama 5 tahun yang luar biasa. Aku selalu ada belakang kau, apa-apa Whatsapp.
Difahamkan Shafiq mula berkhidmat dengan Shuib sejak arwah isterinya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah masih hidup.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram