Seorang peniaga roti canai di Melaka mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas berkongsi satu video di TikTok.
Artikel Berkaitan: 20 Tahun Meniaga Nasi Ayam RM1.90, Peniaga Teruk Dikecam Sebab Naik Harga Jadi RM3
Buat ‘show’ roti canai terbang
@mezanrotiman Lepas Show Roti ni Buang Tak Boleh Makan pun tau #rotiterbangmezankampungenam #sangkaliaw #bedehek #fyp ? Senario_Cari Tapak – ? ?.???_???????? ?
Menerusi perkongsian yang dibuat, peniaga yang dikenali sebagai Mezan Rotiman memuat naik video dirinya melakukan pertunjukan roti canai terbang bersama seorang lagi pekerjanya.
Jelas Mezan, doh tersebut akan dibuang selepas selesai persembahan dan tidak akan dihidangkan kepada pelanggan.
Selepas show roti ini dibuang tak boleh dimakan pun tau.
Dapat dilihat, Mezan kemudiannya meletakkan doh tersebut di dalam sebuah besen selepas selesai melakukan persembahan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Mezan yang dianggap telah melakukan pembaziran terhadap makanan.
Komen netizen
Sumber: TikTok