berita

[VIDEO] Penyamun ‘Tinju’ Warga Emas OKU Akhirnya Dicekup Polis

November 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki berkerusi roda telah ditumbuk oleh seorang individu yang tidak berhati perut. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di tepi Jalan Lebuh Cina, Pulau Pinang.

Tumbuk mangsa berkali-kali

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, insiden tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika suspek cuba melakukan jenayah samun di kawasan berkenaan. Berdasarkan video pendek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang gelandangan berusia 66 tahun sedang duduk di atas kerusi roda dan disebelahnya kelihatan suspek sedang berdiri sebelum menyerang mangsa.

Namun, secara tiba-tiba, suspek bertindak menarik beg yang disilang pada badan mangsa. Tidak lama selepas itu, seorang wanita datang untuk membantu mangsa. Hal ini menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka. Suspek telah menumbuk wajah mangsa berkali-kali sehingga menyebabkan mangsa hampir terjatuh dari kerusi rodanya itu.

Suspek berjaya ditahan polis


Segala-galanya berakhir selepas wanita berkenaan berjaya menolak suspek. Berikutan daripada insiden tersebut, suspek telah melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang ditunggang oleh rakannya. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang berketurunan India itu telah ditahan. Tetapi rakannya yang menunggang motosikal terbabit masih bebas. Hasil daripada siasatan mendapati, suspek mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif sebarang pengambilan dadah dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana menghidap penyakit tibi dan pendarahan dalam perut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun dan mendatangkam kecederaan.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×