Baru-baru ini heboh di media sosial apabila Inara Rusli, isteri kepada penyanyi terkenal Indonesia Virgoun mendedahkan suaminya berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk memuaskan nafsu.
Artikel Berkaitan: Ajak Buat Seks Ketika Berpuasa, Isteri Dakwa Virgoun Bayar Ramai Wanita Untuk Puaskan Nafsu
Artikel Berkaitan: Kekasih ‘Maid’ Sebar Foto Isteri Tak Bertudung, Virgoun Lapor Polis – ‘Bukan Menzalimi Tapi Nak Tegakkan Keadilan’
Demi anak-anak
Memetik laporan Detik Hot, menerusi sebuah sidang media yang diadakan pada Khamis, Inara memutuskan untuk membuka purdahnya kerana dia perlu bekerja demi menyara anak-anak.
Dengan mengucapkan Bismillah, saya pakai (purdah) kerana Allah, saya membukanya juga kerana Allah.
Sekarang saya mahu berdikari dan kembali bekerja lagi demi anak-anak.
Dalam pada itu, dia turut menyifatkan keputusannya itu adalah kerana darurat dan memohon agar tiada pihak yang berburuk sangka kepadanya.
Ada unsur darurat di sini, jadi saya perlu membukanya.
Mudah-mudahan semua tidak berburuk sangka kepada saya. Kerana saya juga berjuang demi anak-anak saya.
Sementara itu, Inara dan Virgoun ketika ini masih di dalam proses perceraian selepas Inara nekad untuk berpisah walaupun Virgoun sebelum ini ada menyatakan hasrat mahu meneruskan lagi perkahwinan mereka.
@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli #virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp