Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memberitahu perkara pertama yang ingin dilakukan selepas bergelar ibu tunggal adalah melakukan sujud syukur.
Artikel Berkaitan: ‘Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Secara Lisan Pada 22 Februari Sah Ikut Hukum Syarak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Puteri Sarah, Tanpa Dia, Saya Tiada Di Sini’ – Nurul Shuhada
Sujud syukur
Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada berkata tujuan dia melakukan sujud syukur sebagai tanda berterima kasih kepada Allah kerana mengizinkannya merasai nikmat bergelar isteri.
Perkara pertama saya nak buat lepas bergelar ibu tunggal, saya nak sujud syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah sebab bagi saya rasa jadi isteri orang. Allah dah aturkan yang cantik.
Shuhada berkata demikian sejurus proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
Semalam, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu.
Sebelum ini, Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Video
@ohbulanofficial Replying to @MummyGreen? Shu tak tengok muka Hafidz ketika prosiding mahkamah ??#ohbulan #news #fyp #shuhada ? original sound – OHBULAN!