Musim banjir ini kelihatan ramai pempengaruh dan selebriti yang turun memberi bantuan sama ada dari segi fizikal mahupun kewangan.
Nama usahawan jelita, Madammu antara yang dipetik netizen untuk turun ke lokasi kejadian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hampir 8 Tahun Tidak Terima Nafkah, Madammu Suruh Suami Fokus Pada Ibu Ayah – ‘Duit Saya Lebih Banyak Dari Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] El Azman Turun Padang Sediakan Makanan & Hulur Sampul Wang Pada Mangsa Banjir, Netizen Ucap Terima Kasih – ‘Kami Nak Balas Balik Jasa Abang’
‘Saya ini orang perempuan’
Menerusi sedutan siaran langsung yang dikongsikan semula di TikT0k, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid menjawab persoalan netizen mengenai pempengaruh, Khairul Aming yang mengagihkan bantuan pada mangsa banjir di Kelantan, baru-baru ini.
Kata Madammu, kudrat seorang wanita tidak sekuat golongan lelaki.
Saya ini orang perempuan. Kalau saya pergi ke kawasan banjir, apa saya boleh bantu?
Baik duduk diam-diam, hantar sumbangan guna cara lain.
Sumbangan ini tidak semestinya awak kena pergi turun.
Tak payah hebah
Dalam pada itu, pemilik bisnes Noir Health & Beauty turut menekankan sumbangan tidak perlu diwar-warkan.
Perlu ke buat sumbangan nak kena bagitahu 1 Malaysia?
@noirhealthbeauty Hulurkan Bantuan, Tak Semestinya Perlu Ke Sana Madammu percaya, membantu mangsa banjir di Pantai Timur boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Tak perlu kita hadir di lokasi, sebab yang penting adalah usaha dan keikhlasan kita untuk meringankan beban mereka ??. ? ????-???? ???? ????? ????????: •????????? ????????: Hulurkan sedikit rezeki anda melalui tabung bantuan yang sah. •???????? ?????????: Kirimkan pakaian, makanan atau barang asas melalui pusat pengumpulan. •???????? ????????: Kongsi info tabung bantuan atau kempen sumbangan supaya lebih ramai dapat membantu. •??? & ???????? ?????: Kirimkan doa dan semangat buat mereka yang terkesan. Madammu tak mahu menyusahkan sesiapa untuk tujuan yang murni ini. Kalau Madammu turun ke lokasi, risau pula nanti bukan bantu orang, tapi orang pula yang perlu bantu Madammu ?. Jadi, biarlah kita sama-sama bantu dengan cara yang praktikal dan bermanfaat ?. ? Jom sama-sama hulurkan bantuan! Kecil atau besar, semuanya bermakna untuk mereka yang memerlukan. #bantuanbanjirpantaitimur #kitajagakita #celotehmadammu #noirhalalpremiumskincare ? original sound – Noir Health & Beauty HQ
Sumber: TikTok noirhealthbeauty