Tak dinafikan, roti telur merupakan salah satu hidangan sarapan pagi yang menjadi kegemaran ramai. Roti yang dihidangkan bersama telur dan dicicah dengan kuah kari pastinya membuat ramai terliur.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang peniaga roti telur menyajikan hidangan tersebut seakan-akan berbentuk seekor biawak.
Roti telur ‘biawak’
Video cara-cara membuat roti telur itu dikongsikan oleh Abang Terbang di TikTok sebelum ianya viral di media sosial. Berdasarkan video pendek tersebut kelihatan si penjual sedang menyediakan dengan teliti untuk menghasilkan roti telur berbentuk biawak seperti yang diminta netizen. Selepas siap dimasak, roti tersebut kemudian dihidangkan di dalam pinggan dengan dua biji telur setengah masak dan dimakan bersama kuah kari dan sambal tumis.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui agak ngeri dan ‘hilang’ selera untuk menikmati hidangan itu namun mereka memuji kreativiti peniaga tersebut. Malah, tidak kurang ada di antara mereka turut meminta peniaga itu menyediakan roti telur berbentuk haiwan lain seperti penyu dan sebagainya.
Video
Respon netizen
Sumber: Abang Terbang