Pelakon Aeril Zafrel dan usahawan El Azman akhirnya menamatkan perselisihan faham yang berlarutan selama 15 tahun.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Wawa Zainal & Aeril Zafrel Beri Kereta Bezza Dekat Pekerja Cemerlang, Sasar Nak Hadiah Sebuah Rumah Kalau Capai Target RM50 Juta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Seloroh Nak ‘Jual’ Suami Harga RM5 Juta, Netizen Nasihat Jaga Tutur Kata – ‘Cakap Jangan Main Sembur Je, Nanti Putih Mata’
Sengketa 15 tahun berakhir
@nay.nay8773 @Fujiiian @band1t ? @El Azman @WANIE ELENA @mariajoselozaprie @aerilzafrel #pyf?viral ? suara asli – ??nay nay??
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, hubungan mereka yang dahulunya sangat rapat kembali pulih selepas sekian lama berselisih faham.
Menurut pelakon filem Abnormal: Buas, perselisihan antara dia dan El atau nama lengkapnya Muhd Hilmi Che Azman berpunca daripada seorang pelakon wanita yang ketika itu merupakan kekasihnya.
Namun, siapa sangka selepas Aeril menamatkan hubungan dengan kekasihnya itu, El Azman pula menjalin hubungan dengan aktres tersebut.
Dulu kami (Aeril dan El Azman) rakan sebilik, jadi saya ada kekasih. Tapi direbut, selepas itu kami tidak lagi berkawan.
Menurut El, situasi itu menyebabkan hubungan sahabat baik antara mereka tidak lagi seakrab dulu. Malah Aetil dan El masing-masing membawa haluan sendiri selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun, baru-baru ini, hubungan mereka kembali baik dan pertemuan itu menjadi titik perdamaian buat kedua-duanya.
Selepas 15 tahun, baru dia (Aeril) peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja.
Dalam kesempatan itu juga, El sempat memohon maaf kepada Aeril atas kekhilafannya sebelum ini.
Disebabkan aku salah, aku minta maaf Aeril kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik.
Namun kedua-dua mereka tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang dimaksudkan mereka namun difahamkan, aktres itu kini sudah berhijab dan mendirikan rumah tangga.
Sumber: TikTok