berita

[VIDEO] Pernah Dikecewakan & Putus Tunang 2 Kali, Gadis Cantik Tekad Kahwin Dengan Kenalan 1 Minggu

January 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga sudah pastinya menyimpan segala detik-detik awal perkenalan mereka untuk dijadikan kenangan. Malahan, setiap pasangan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza sewaktu bercinta.

Seperti video yang dikongsi seorang isteri dikenali sebagai Zulaikha Zulkifli di laman TikTok, menceritakan pengalamannya menjadi isteri secara ‘bidan terjun’ setelah seminggu berkenalan dengan suaminya.

Bercinta selepas kahwin

 

Ditonton lebih 81.8k kali, video tersebut menceritakan gadis ini berkenalan hanya selama seminggu dengan suaminya sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Menceritakan mengenai detik pertemuan mereka, pasangan ini selalu terserempak di gelanggang futsal namun mereka berdua tidak pernah bertegur sapa.

Tambahan pula, pada mulanya gadis ini ‘benci’ kepada suaminya sendiri berikutan berlakunya salah faham  di satu parkir lot. Namun, perasaan marah itu bertukar menjadi suka dan sayang apabila mereka mula berinteraksi menerusi satu laman aplikasi dating iaitu Omi Chat.

Gadis itu juga sempat menceritakan dia sudah dua kali putus tunang dan serik bila mahu bercinta kembali. Jelasnya lagi, perhubungan selepas ini, dia tidak mahu lagi couple mahupun tunang, tetapi mahu terus melangsungkan perkahwinan. Suaminya ketika itu, bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu.

Di penghujung video tersebut, gadis itu berkongsi detik-detik lafaz akad nikah dan foto mereka bersama setelah sah bergelar suami isteri.

Omi Chat menyatukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menceritakan pengalaman mereka yang pernah berkenalan dengan pasangan menerusi aplikasi yang sama digunakan oleh gadis itu.

Tidak berakhir di situ, netizen juga sempat berpesan untuk tidak terlampau membenci seseorang itu, kerana besar kemungkinan orang itu yang bakal menjadi jodoh kita kelak.

Sumber: Zulaikha Zulkifli

SKIP THIS AD ×