Pelakon Pablo Amirul, memberi bayangan seolah-olah dia kini mahu menceburi bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: Peniaga Tak Mahu Jual Kuih Kepada Pablo Amirul Gara-Gara Watak Jahat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berbaloi Disengat 340 Ribu Lebah & Terima Malaysia Book Of Records
Tak henti belajar
@pabloamirulofficial Dah bertahun tinggalkan otak business sebab focus kepada kerjaya lakonan… Bila keadAan memaksa nak kena polish balik zaman belajar business dulu.. Selalu cakap kat diri ” I don’t have taste for money” sebab nak hidup cara yang minimalistic dan hargai setiap masa dari sentiasa nak cari duit.. Yup.. Pernah suatu ketika jadi hamba duit dan dunia… Saksi kepada sekelip mata ALLAH tarik nikmat.. Now dah makin nak ke 40, makin banyak nak capai.. Paling penting nak capai kehidupan dunia dan akhirat.. 18 jam menghadap laptop.. Penat jalan2 sekitar rumah ambil udara.. Lupa.. Revised balik ilmu.. Hidup ini tak akan berhenti belajar.. 2024 memang mencabar, tapi rezeki tak pernah salah Alamat.. Yang penting sentiasa usaha dan doa ibu akan sentiasa jadi azimat nak berjaya.. I’ll make so many mistake in my life but I’ll never give up sebab tahu rezeki, jodoh dan maut itu milik ALLAH.. Yang penting ALLAH rindu kan hambanya.. Minta lah dunia sekali pun akan dapat tapi in return just nak kena abdi kan diri.. Surah At Taubah Ayat 111 dan Al A’raf Ayat 179 Semoga hari kalian Di berkati.. Te amor muito o deus o ALLAH swt
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama sebenar Amirool Hisyam Mohd Sakri dilihat sedang berada di hadapan komputer ribanya sambil menelaah ilmu.
Menurut Pablo, dia mahu mengingati semula pengetahuan tentang bisnes selepas terlalu lama meninggalkannya.
Dah bertahun tinggalkan otak busines sebab fokus kepada kerjaya lakonan. Bila keadaan memaksa nak kena polish balik zaman belajar busines dulu.
18 jam menghadap komputer, penat jalan-jalan sekitar rumah ambil udara. Lupa, ulang balik ilmu. Hidup ini tak akan berhenti belajar.
Dalam pada itu, aktor yang terkenal dengan watak aksi tersebut berkata, dia mahu mengambil iktibar dari kesilapan dahulu dengan seimbangkan urusan dunia dan akhirat.
Selalu cakap kat diri ‘I don’t have taste for money’ sebab nak hidup cara yang minimalistik dan hargai setiap masa dari sentiasa nak cari duit. Pernah suatu ketika jadi hamba duit dan dunia. Saksi kepada sekelip mata Allah tarik nikmat.
Sekarang dah makin nak ke 40, makin banyak nak capai. Paling penting nak capai kehidupan dunia dan akhirat.
Walaubagaimanapun, Pablo tetap bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT dan percaya setiap usaha akan membuahkan hasil.
2024 memang mencabar, tapi rezeki tak pernah salah alamat. Yang penting sentiasa usaha dan doa ibu akan sentiasa jadi azimat nak berjaya.
Saya akan melakukan banyak kesilapan dalam hidup ini namun saya tidak akan berputus asa sebab tahu rezeki, jodoh dan maut itu milik Allah.
Sumber: TikTok Pablo Amirul