Kalau dah jodoh tak kemana! Siapa sangka pertemuan tanpa dirancang di majlis perkahwinan suatu ketika dahulu akhirnya menyatukan pasangan ini hingga ke jInjang pelamin.
Jadi MUA masa isteri kahwin
Momen bahagia ini dikongsikan oleh Firdaus menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Berdasarkan perkongsian itu, Firdaus menceritakan kembali detik pertemuannya bersama insan tersayang sebelum mereka sah bergelar suami isteri. Jelas Firdaus, kali pertama bertemu dengan isteri sewaktu dia menjadi jurusolek atau MUA ketika wanita itu bernikah dengan suaminya yang terdahulu.
Tetapi malangnya jodoh wanita itu bersama suaminya tidak panjang. Mereka telah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas setahun lebih berumah tangga.
Namun perancangan Allah SWT adalah jauh lebih baik. Wanita itu kemudian bertemu jodoh dengan Firdaus yang juga merupakan MUA yang mendandannya ketika perkahwinannya dahulu. Difahamkan, Firdaus dan isterinya kini sudah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan dan mereka dikurniakan beberapa orang anak. Di ruangan komen, Firdaus memaklumkan bahawa sebelum ini, isterinya itu merupakan kakak angkatnya dan kini sudah menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Video
Kalau jodoh tak kemana
Sumber: Muhamad Firdaus Dre