Juara Famili Duo musim kedua iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah memberitahu wang kemenangan sebanyak RM100,000 yang diraih menerusi program tersebut akan diberikan kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang.
Ujar Zaki, insan bergelar ibu itu sentiasa memberi dorongan dan keyakinan buat diri mereka sepanjang bertanding dalam program tersebut. Tanpa ibu, Zaki berkata dia tidak mampu meraih kejayaan semalam.
Artikel berkaitan: Percaya Rezeki Akan Lebih Melimpah, Zaki & Yamani Abdillah Hadiahkan RM100k Wang Kemenangan Untuk Ibu
Artikel berkaitan: Diminta Hadir Beri Sokongan Buat Anak-Anak, Jamal Abdillah Akhirnya Muncul Di Pentas Akhir Famili Duo
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen berkata sikap Zaki dan Yamani yang sentiasa mendahului ibu dalam apa jua keadaan ternyata saling tak tumpah seperti bapa mereka iaitu Datuk Jamal Abdillah.
Bapa hadir masa final
Menerusi sesi temu bual bersama DJ Nazz, Raja Pop Malaysia itu berkata dia mendapat tentangan daripada bapanya, Haji Mohd Ali ketika ingin menyertai pertandingan bintang RTM suatu masa dahulu. Meskipun mendapat tentangan yang hebat, Jamal memberitahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara.
Ujar Jamal, kegigihan dan kesungguhan yang ditonjolkan pada masa itu berjaya membuatkan pintu hati bapanya terbuka.
Masa itu dia dah nampak banyak kali saya dah menang, dan dia bagi sokonganlah! Dia tak sangka saya sampai ke peringkat akhir, dengan usaha saya ni, dengan duit yang dia bagi, dia tak tahu masa tu saya wakil negeri Perak dan pergi ke peringkat utara.
Kemudian saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sampai final. Masa final tu dia datang menyaksikan persembahan saya. Dialah yang menjerit dulu saat keputusan diumumkan. Suara dia menjerit dalam auditorium tu, suara dia yang saya dengar. Maknanya dia boleh terimalah.
Tambah Jamal, bapanya turut hadir semasa dia membuat persembahan di pentas final, sekaligus menyandang gelaran juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
Lambak wang kemenangan dekat arwah mak
Bila disoal mengenai wang kemenangan pada masa tersebut, Jamal mengaku dia membelanjakan kesemua wang tersebut kepada arwah emaknya.
Rasanya sekarang ni dalam nilai RM50 ribu lah. Saya bawa balik trofi ke Teluk Intan. Duit itu saya lambak dekat arwah mak saya. Saya lambak depan dia. Dia macam tak percayalah, bagi duit tu semua.
Jelas Jamal, pada saat itu dia tidak berkira sangat mengenai wang kemenangan tersebut, yang penting dia sudah capai apa yang diimpikan.
Video
Sumber: Gegar