berita

[VIDEO] Pernah Viral Bagi Pantun Nasihat, Gelagat Anak Kecil Ini Masuk Berita Pula..Comel!

November 13th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Melihat telatah anak kecil yang bijak berkata-kata, sudah pastinya membuatkan golongan dewasa terpegun. Apatah lagi, si cilik itu pandai berpantun. Betul tak? Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun menjadi viral selepas bakatnya berpantun dicungkil oleh bapanya sendiri.

Menerusi Buletin Utama, anak cilik dipanggil sebagai Mika itu mula meraih perhatian netizen selepas selebriti terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi berkongsikan satu teaser rancangan kanak-kanak ‘Tom-Tom Bak’ di Instagram miliknya.

Bintang media sosial

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/516489582530609/

Menurut Raja Faizul yang merupakan ayah kepada Raja Muhammad Mikail, anaknya itu mula berpantun selepas menyaksikan pak ciknya dan Abon menyampaikan pantun. Tambahnya, Abon merupakan pemantun yang terkenal selain mempunyai perwatakan yang lucu. Raja Faizul turut memberitahu bahawa minat anaknya itu lebih terserlah semasa dirinya sedang menyunting sebuah video yang menampilkan gelagat Abon dan abangnya.

Ekoran daripada itu, sebagai seorang ayah, Faizul telah melatih dan menyediakan pantun buat anaknya. Tempoh dua hari merupakan masa paling lama buat Mika untuk menghafal pantun yang telah disediakan. Setakat ini, video pantun keselamatan ketika musim perayaan antara video trending di media sosial dan membuatkan Mika dikenali ramai.

Koleksi pantun Mika

Selain terkenal di media sosial, Mika turut diundang oleh Pak Nil sebagai tetamu jemputan dalam sebuah rancangan kanak-kanak ‘Tom-Tom Bak’. Melalui rancangan tersebut Mika yang lebih gemar berpantun menggunakan loghat Negeri Sembilan menunjukkan bakatnya dalam berpantun.

Netizen sangat kagum dengan kebolehan dan telatah Mika ketika rancangan itu berlangsung. Manakan tidak, di zaman serba-serbi moden ini ramai yang sudah melupakan mengenai warisan Melayu iaitu berpantun, tetapi Mika masih mewarisinya.

Moga terus berjaya

Rata-rata netizen memuji kehebatan Mika dan berharap kanak-kanak itu terus berjaya dalam mengekalkan tradisi yang sedia ada.

Sumber: Ku Mika, Buletin Utama & Astro Ceria

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×