Pelawak dan usahawan Shuib akui turut sebak semasa persembahan penyanyi Marsha Milan berjudul Hening Rindu pada malam Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: Shuib Terasa Hati, Netizen Tuduh ‘Jual’ Anak Sebab Bisnes Tak Laku – ‘Dia Nak Belajar Cari Duit Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib & Aisar Khaled Akhirnya Bertentang Mata Selepas Empat Tahun ‘Sengketa’ – ‘Tingginya Oi’
Sebak tengok pentas Marsha
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia terkenang kembali momen arwah Siti Sarah membuat persembahan pada AJL33.
Saya pun nak nangis daripada mula Marsha nyanyi sebab saya teringat sesuatu tentang pentas itu.
Saya pernah datang Axiata Arena ketika AJL33.
Pentas dan konsep malam itu sama dengan Sarah dulu.
Sarah pakai baju putih ketika itu dan Marsha baju hitam.
Tapi suasana itu sama.
Talita rindu ibu
@hotfm976_ Shuib pun nak nangis bila Marsha menyanyi tadi, teringatkan stage arwah Siti Sarah masa menyanyi di AJL sebelum ni ? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa ? original sound – Hot FM
Menjawab keadaan Talita yang dilihat tidak dapat menahan sebak, Shuib menyatakan berkemungkinan kerana lirik lagu ‘Hening Rindu’.
Mungkin dia teringat Sarah. Sebab ini adalah pengalaman pertama kali Talita hadir ke pentas AJL.
Boleh jadi juga disebabkan lirik yang dihayatinya.
Namun demikian, Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra tidak menyatakan punca sebenar dia menangis ketika itu.
Sumber: TikTok @Hot FM