berita

[VIDEO] Pesara Kerajaan ‘Putih Mata’ Kad ATM Ditukar, Melayang RM46,000 Siap Joli Beli iPhone

March 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular di media sosial sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasangan suami isteri yang disyaki membuat pembelian telefon bimbit jenis iPhone 13 menggunakan kad ATM mangsa.

Artikel Berkaitan: Konon Nak Mencuri, Sekali Tersepit Pada Pintu Besi Tuan Rumah…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipukau 3 Penyamun, Suri Rumah Dipaksa Keluar RM10k Dari ATM, Barang Kemas Pun Lesap!

Kad ATM ditukar

Gambar sekadar hiasan

Pesara kerajaan kerugian sebanyak RM46,000 apabila dia diperdaya oleh individu yang tidak dikenali konon untuk membantunya mengeluarkan kad yang tersangkut di mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata kejadian tersebut berlaku pada pagi Sabtu lalu ketika mangsa cuba mengeluarkan wang daripada ATM di sebuah bank di Banting, namun didapati kad itu tersangkut.

Mangsa yang menyedari akan perkara tersebut telah membuat laporan dengan mendakwa kad ATM miliknya telah ditukar dan digunakan oleh orang lain.

Seorang individu lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di tempat itu membantu mangsa untuk mengeluarkan kad dan berjaya. Kad ATM itu diserahkan kepada mangsa tanpa mangsa mengesyaki apa-apa.

Pada 9.30 pagi Isnin, mangsa sekali lagi ke bank lain dan cuba mengeluarkan wang tetapi tidak berjaya. Mangsa terus merujuk masalah itu di kaunter bank dan mendapati kad itu bukan miliknya.

Transaksi berjumlah RM46,000

Susulan itu, mangsa yang berusia 62 tahun itu, telah membuat semakan penggunaan kad ATM miliknya dan mendapati sebanyak 23 transaksi telah dilakukan melibatkan sejumlah wang RM46,000.

Semakan akaun pengadu mendapati terdapat beberapa penggunaan kad ATM miliknya untuk membuat belian dan transaksi lain berjumlah RM46,000 membabitkan 23 transaksi.

Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai jual telefon bimbit di Kapar, Klang menunjukkan ada sepasang disyaki suami isteri membuat pembelian telefon bimbit jenis iPhone 13 menggunakan kad ATM milik mangsa.

Mangsa sekali lagi membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang mengesan suspek yang difahamkan berumur awal 30-an.

Kes ini disiasat mengikut Syeksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

@buletintv9

Pasangan diburu polis gunakan kad ATM milik seorang pesara kerajaan. #BeritaDiTikTok #Pasangan #PDRM

? bunyi asal – BULETINTV9 – BULETINTV9

Sumber: Harian Metro, TikTok

SKIP THIS AD ×