Seorang peguam berkongsi kisahnya bersama beberapa anak guam mengenai isu poligami tidak seindah yang dikhabarkan.
Artikel Berkaitan: Suami Kahwin Kali Ketiga, Isteri Pertama & Kedua ‘Excited’ Buat Persiapan – ‘Masyarakat Perlu Banyak Contoh Keluarga Poligami Yang Harmoni’
Artikel Berkaitan: Amar Baharin Enggan Ulas Topik Poligami, Khuatir Tergolong Sama – ‘Keluarga Yang Ada Sekarang Sudah Sempurna’
Hidup berpoligami
@irsamuddinfitri SERONOK KE KAHWIN DUA? IRSAMUDDIN IKHSAN (Peguam Syarie) https://wa.me/60197535224 https://ifassyarie.com.my https://t.me/peguamsyarieirsamuddinfitri “WE SOLVE YOUR SYARIAH MATTERS” #PeguamSyarieBangi #PeguamSyarieSelangor #PeguamSyarieNegeriSembilan #PeguamSyarieWilayahPersekutuan #PeguamSyariemelaka #peguamsyarierumahtangga #satuharisatusoalan #jawapansyariah #fyp #irsamuddinfitri #motivasi #ceramah #tipskeluarga #quotesnsyariah #quotes #tips #fyp #foryou ? Dramatic Underscore Background Serious Business – Francesco Passanisi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, peguam syarie yang dikenali sebagai Irsamuddin Fitri mendedahkan bahawa hidup berpoligami hanya indah bagi bulan terawal.
Menurutnya, bulan kedua dan seterusnya adalah fasa tanggungjawab yang akan dirasai oleh para suami yang memilih untuk berpoligami.
Hidup berpoligami seronok.
Mula-mula seronok, tapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya, itu dah masuk fasa tanggungjawab.
Bila masuk fasa ini, itulah yang akan terasa beban.
Dalam pada itu, Irsamuddin berkongsi kebanyakan anak guamnya berpesan untuk tidak terjebak dalam poligami.
Tanggungjawab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegaskan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga yang harus dilaksanakan.
Sumber: TikTok @irsamuddinfitri