berita

[VIDEO] Polis Cedera, Patah Jari Tangan Dihentak Botol Kaca

October 16th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan beberapa anggota polis dan pihak berkuasa telah diserang sekumpulan individu lelaki. Lebih mengejutkan apabila kumpulan berkenaan telah memecahkan botol kaca selain menumbuk pegawai bertugas.

Dipukul guna botol kaca

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika anggota polis, pihak Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sebuah kedai shisha di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam (15 Oktober 2020).

Menurut Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, pergelutan itu berlaku selepas mereka memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa. Namun tidak lama selepas itu, mereka secara tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan individu yang bertindak agresif dengan memecahkan botol kaca dan mula menyerang mereka.

Sebaik lihat mereka bertindak agresif, kami diarahkan untuk menangkap kumpulan itu namun mereka bertindak menumbuk, mencakar dan cuba mencederakan pegawai menggunakan botol kaca.

Menceritakan kejadian tersebut, Tuan Hafizudan memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan selepas cuba menghalang salah seorang daripada suspek memukul kepala rakannya, Inspektor N Indra dengan menggunakan botol kaca.

Anggota polis tercedera

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat di Kampung Perupok berkata, penangkapan telah dilakukan terhadap suspek yang terlibat dan akan ditahan reman selama empat hari. Tetapi pihak polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

Dalam pergelutan itu, ada yang cakar pipi, menumbuk dan sebagainya. Polis berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai, seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap pada 3.40 pagi tadi di Machang.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut Inspektor N Indra Nahu telah luka di muka apabila ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli mengalami patah jari tangan kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 186 KK kerana mencederakan anggota polis serta menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Malaysiakini, Harian Metro, Facebook

SKIP THIS AD ×