berita

[VIDEO] Polis Siasat, Cabut Pelekat Dinding Wajah Pemimpin Komunis Di Pulau Pinang

January 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, pihak polis di Pulau Pinang, bertindak mencabut pelekat dinding berwajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong. Lapor Astro Awaniterdapat dua buah restoran yang terletak di Pulau Tikus dan Auto City, Juru, yang menggunakan pelekat dinding sedemikian di premis tersebut.

Polis cabut pelekat

Susulan daripada itu, pihak Polis Pulau Pinang, akan menyiasat dan tindakan susulan bakal diambil kepada pemilik restoran tersebut berhubung penggunaan pelekat kertas dinding itu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Rahimi Ra’ais, tindakan yang sewajarnya bakal dikenakan sabitan kes tersebut.

Difahamkan, restoran tersebut diurus dan dimiliki oleh seorang lelaki berusia 40-an. Namun, setakat ini pihak polis belum berjaya mengambil sebarang keterangan daripada individu tersebut kerana dia (pemilik) masih menjalani kuarantin selama 14 hari.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×