Sebelum ini, personaliti media sosial iaitu Chazynash memuat naik video prank dengan kelihatan memakai gelang berwarna merah jambu di tangannya. Video seolah lakonan itu menyaksikan Chazynash sedang menikmati makanan di sebuah warung dan memakai gelang pink cetus panik ‘pelanggan-pelanggan’ lain yang berada di situ.
Terbaru, dia bagaimanapun sudah tampil memohon maaf sekiranya video tersebut telah mengundang rasa panik. Jelasnya, video tersebut hanya lakonan semata-mata dan bukan tujuan memperlekehkan mana-mana pihak.
Prank kat tempat awam
https://www.instagram.com/p/CFJvw2xD7zQ/
Video lakonan ini telah dimuat naik sejak 15 September lalu di laman Instagram Chazynash sendiri. Difahamkan, kesemua pelakon, setting lokasi dan jalan cerita telah dirancang oleh produksi ini.
Setelah menerima kemcaman teruk daripada netizen, influencer ini telah menutup ruang komen di posting tersebut.
Video itu sekadar lawak
Susulan itu, Chazynash tampil memohon maaf berhubung video prank yang didakwa mencetuskan rasa panik orang ramai. Dia bagaimanapun berniat untuk bergurau.
Tambahnya, video tersebut merupakan lakonan semata-mata seperti mana telah dirancang mereka dan pelakon terlibat juga adalah rakannya. Jelasnya lagi, pembikinan video tersebut adalah bukan hendak memperlekehkan mana-mana pihak.
Posting permohonan maaf tersebut bagaimanapun telah ditutup ruang komen.
Jangan dianggap lawak
Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sebuah sidang media menyifatkan tindakan influencer itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan sedemikian dianggap menipu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan. Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut.
Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar. Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar.
Sumber: Chazynash,