berita

[VIDEO] PU Amin Selar Netizen Tuduh Abby & Norman Tak Pandai Jaga Anak – ‘Tolong Jangan Celupar, Benda Akan Berbalik Pada Kita’

September 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

PU Amin Beri Komen Isu Anak Norman & Abby

Pencetus Ummah (PU) Amin, tampil memberikan komen dan pandangannya terhadap kontroversi yang melanda keluarga pelakon, Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim.

Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Terlalu Sibuk Kain Orang, Kain Sendiri Terbuka’ – Ali Puteh

Tak wajar salahkan ibu ayah

PU Amin Beri Komen Isu Anak Norman & Abby

Menerusi potongan video di TikTok, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyifatkan individu yang melemparkan kata cacian dan hinaan itu belum mempunyai pengalaman membesarkan anak.

Saya nak cakap satu benda lah, mereka yang komen dekat Instagram (IG) Norman, Abby dan juga Memey mengatakan, ‘Kau ni tak pandai jaga anak’.

Saya rasa orang yang komen ni adalah orang-orang yang belum ada anak lagi atau pun mungkin anak dia masih kecil lagi sebab mereka tak ada pengalaman untuk membesarkan anak-anak.

Menurut Amin, adalah tidak wajar untuk mereka menyalahkan ibu bapa di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.

Tanggungjawab mak ayah ni adalah untuk bagi ilmu kepada anak-anak. Tapi bila anak buat salah, tak guna untuk kita maki mak ayah ni.

Apa yang anda dapat bila berbuat demikian? Siap cakap, ‘Oh ayah dia dulu macam ini, macam itu’. Asyik sebab tentang perkara yang dah lepas je, kita tanya diri balik mak ayah kita ni elok ke tak elok dulu tu?

‘Jangan celupar’

PU Amin Beri Komen Isu Anak Norman & Abby

Di akhir video tersebut, Amin menitipkan nasihat buat semua yang menonton agar tidak mengeluarkan sebarang kata-kata cacian terhadap konflik keluarga seseorang kerana bimbang perkara tersebut akan berbalik kepada diri sendiri.

Bila seseorang diuji dengan konflik keluarga mulut kita jangan celupar sangat sebab tak kena dekat korang lagi.

Kalau kena dekat adik korang ke, anak korang yang kau bangga, kau jaga, yang pandai tapi sekali tersungkur.

Saat itu mesti korang teringat, ‘Eh 20 tahun lepas aku ada maki seorang sebab dia tak pandai jaga anak’.

Jadi saya nak pesan satu benda iaitu tolong jaga mulut, jangan celupar sebab benda-benda macam ni akan berbalik kepada kita.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa Dania Hakim, 18 tahun.

Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Marissa kemudiannya tampil memuat kenyataan di Instagram (IG) mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga menjadi punca keretakan hubungan rumah tangga Misya dan suaminya yang bernama Aslam.

Namun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah benar dan meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan ibu bapanya atas kesalahan yang dilakukan itu.

Video

@langkastudioIsu anak Norman Hakim Abby Abadi #normanhakim #marissahakim #langkastudio #minmatpodcast? News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×