![[VIDEO] PU Syed Tegur Aktres Ambil Keputusan Tanggal Tudung – ‘Kita Perlu Faham Kefarduan Yang Ditetapkan Allah’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/IMG_2386.jpeg)
Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran terhadap seorang pelakon berhubung tindakannya untuk tidak lagi berhijab.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Pasti Anak Itu Lebih Baik Khasnya Dalam Urusan Aurat’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed
Penjelasan PU Syed
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan bahawa kewajipan menutup aurat tetap perlu dilaksanakan oleh semua Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Kalau ayah faham kita tanggalkan tudung, tapi solat jaga, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu bahagian itu kita sudah sempurna dengan menjaga ibadat solat.
Tetapi dengan kita mencabut tudung, aurat kita dedahkan, itu satu perbuatan yang haram, yang sepatutnya kita sendiri kena faham.
Bukan perlu orang lain faham, kita sendiri perlu faham bahawa kefarduan yang telah ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mestilah menutup aurat.
Justeru, PU Syed menegaskan kepada aktres tersebut supaya memahami bahawa dia akan tetap berdosa kerana tidak menutup aurat berikutan ia adalah salah satu larangan Allah SWT kepada hambaNya.
Jadi sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang dan kita rasa tidak bersalah kepada Allah?
Kepada adik ini, tolonglah faham bahawa mana situasi yang perlu kita utamakan, iaitu salah satunya kita utamakan perintah dan larangan Allah dalam hidup kita. Itulah syarat seorang Islam.
Dalam masa sama, PU Syed berkata, sebagai umat Islam, setiap penganutnya perlu memanjatkan doa kepada Ilahi supaya diberikan kesabaran dalam melakukan perintah dan meninggalkan laranganNya.
Dan kita ini kena sabar dalam melaksanakan ibadah. Sabar ini bukan sekadar sabar kalau kena uji oleh Allah, tapi salah satunya sabar dalam melaksanakan perintah Allah.
Kena banyak berdoa kepada Allah menjaga kita dan diberi kefahaman yang baik, iaitu kefarduan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita ini, tidak ada yang boleh kita cuaikan.
Kecuali kalau kita berada pada satu fasa yang lain, contohnya fasa yang mana kita gila, ataupun kita ini tidak baligh lagi, tidak berakal, dan jika kita tidak sebegitu, maka kefardhuan kepada kita.
Terdahulu, aktres berkenaan memaklumkan bahawa dia sudah berterus terang kepada ahli keluarganya berkenaan keputusan untuk menanggalkan tudung dan bapanya menasihati supaya tidak meninggalkan solat.
Sumber: Instagram