Tindakan seorang pengacara lelaki yang menyerupai wanita sewaktu mengemudi sebuah acara baru-baru ini telah mengundang teguran daripada pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Jefri Nichol Peluk Peminat Wanita – ‘Awak Kena Jaga Tatasusila, Hidup Sebagai Umat Islam Ada Batasan’
PU Syed tegur
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), PU Syed menegaskan bahawa adalah haram bagi seseorang lelaki itu memakai pakaian yang menyerupai wanita.
Perbuatan lelaki memakai pakaian yang menyerupai wanita adalah haram dan ditegah dalam agama.
Malah dilaknat oleh Nabi Muhammad SAW bahkan ianya adalah satu perkara yang dilarang untuk dilakukan.
Tambah PU Syed, seseorang itu perlulah menggunakan bakat yang dikurniakan sebaik mungkin dan elakkan mencari rezeki dengan cara melakukan perkara yang dilarang Allah SWT.
Kalau kamu handal menjadi seorang hos, teruskan dengan bakat yang ada tetapi tidak perlu berpakaian atau menjadi seperti seorang perempuan.
Jika kita dilahirkan sebagai seorang lelaki maka jadilah lelaki.
Pelik tetap dapat ‘offer’
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak meluahkan rasa pelik apabila golongan sebegini tetap menjadi pilihan untuk dijemput bagi mengemudi acara di mana-mana program.
Bukan itu sahaja, PU Syed juga meluahkan rasa terkilan apabila lawak jenaka berbaur lucah yang dihamburkan pengacara itu turut disambut dengan sorakan serta gelak tawa dari tetamu yang hadir.
Dan yang paling saya pelik sekali ialah bila mana kita menjemput lagi orang-orang seperti ini.
Bukanlah saya nak menyekat rezeki mereka tetapi mereka boleh bekerja dalam bidang tersebut mengikut tatakelola jantina mereka. Kalau seorang perempuan, jadi perempuan dan kalau jantina lelaki, jadi lelaki.
Lagi menyedihkan apabila lawak jenaka yang dilakukan itu pula digelakkan oleh tetamu sedangkan para anbiya’ menegaskan bahawa perkara ini adalah tidak boleh dah dilarang.
Di akhir perkongsian, PU Syed berharap agar perkara sebegini dapat ditegah supaya umat Islam di Malaysia tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah SWT.
Perbuatan ini sangat-sangat salah dan perkara ini tidak boleh kita diamkan. Kita bukan nak menyekat mata pencarian mereka tetapi ubahlah perangai.
Jadilah jantina yang sebenar supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah SWT dan Nabi SAW.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pengacara lelaki yang berpakaian wanita melakukan jenaka berbaur lucah ketika mengemudi sebuah acara di Pulau Langkawi.
Sumber: IG PU Syed Bakri