berita

[VIDEO] ‘Punca Dia Kepala Charger…’

December 28th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara meninggalkan kepala pengecas di dalam kenderaan ketika cuaca panas, sebuah kereta telah mengalami kebakaran. Pengalaman cemas itu dikongsikan oleh Apih Azmi di laman Twitternya.

‘Punca kepala charger’

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Apih memaparkan orang ramai sedang mengawal kebakaran dan cuba memadam api pada kereta berkenaan susulan daripada insiden yang berlaku.

Menurut individu ini, kebakaran tersebut dipercayai berlaku kerana terdapat kepala alat pengecas yang ditinggalkan di dalam kereta berkenaan. Tanpa disedari, ianya menyebabkan kereta yang diparkir di hadapan rumah itu terbakar.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan pendapat mereka bahawa memang benar meninggalkan alat elektronik di dalam kenderaan adalah satu tindakan yang kurang bijak dan berbahaya.

Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang seakan keliru dengan ‘kepala pengecas’ yang dimaksudkan oleh individu ini. Walaupun begitu, individu ini memaklumkan bahawa perkara itu telah disahkan sendiri oleh pihak bomba.

Sumber: Apih Azmi

SKIP THIS AD ×