Penyanyi dan pelakon Puteri Khareeza memberitahu kepada OhBulan! bahawa dia dan suami, Mohd Shukor Kamaruddin, merancang soal anak berikutan dia masih belajar dan perlu menyelesaikan beberapa tuntutan kerja.
Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Kenal Suami Menerusi Aplikasi TikTok – ‘Dia Matang & Sudah Bersedia Nak Kahwin’
Tak bersedia lagi
Menurut Puteri, suaminya seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua yang dilakukan olehnya. Oleh sebab itu, mereka merancang soal anak.
Alhamdulillah, dia sangat memahami. Tiada masalah pun antara kami. Saya buat kerja saya, dia buat kerja dia. Tapi dia sentiasa beri sokongan kepada saya termasuk dalam bidang muzik.
Kami akan buat sama-sama. Soal anak, dia tidak kisah. Tapi kalau tanya saya, saya memang rancang. Saya tak bersedia lagi. Banyak benda yang saya kena fikirkan.
Saya sedang belajar, menyanyi dan berlakon lagi. Kalau mengandung, nak pergi kelas nanti macam mana. Takut mood tak stabil. Lagipun suami saya memahami. Kami baru lima bulan kahwin. Jadi relaks dahulu.
Tambah pelantun suara ‘Duka Sebalik Tawa’ ini, dia mahu memiliki zuriat selepas tamat pengajian.
Kami baru lima bulan kahwin. Jadi relakslah dulu. Mungkin selepas saya habis belajar dalam linkungan umur 28 atau 29 tahun.
Disoal mengenai isu ‘childfree’, Puteri memberitahu setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.
Isu childfree itu ikut pendapat masing-masing sebab hanya kita sahaja yang lalui apa yang berlaku dalam rumah tangga. Tak kisah dari segi perbelanjaan atau lain-lain. Masing-masing jaga rumah tangga sendiri.