Pelakon Puteri Sarah Liyana meraih perhatian netizen apabila dia dilihat berada di sebuah pusat pameran kereta untuk membawa pulang kereta barunya.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dakwa Ada Pihak Cuba Porak-Perandakan Keluarga – ‘Fitnah Macam-Macam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Terkejut Dihujani Ucapan Selamat Pengantin Baru – ‘Awak Semua Masuk Live Saya Sebab Ingat Saya Sudah Kahwin?
Kereta baru
@puterisarahliyana Alhamdulillah syukur rezeki hari Jumaat ?? Thank you @rd_garage ? Alhamdulillah (Aku Bersyukur) – Deries
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, dilihat bersama seorang perunding jualan.
Walau bagaimanapun, jenis dan jenama kereta baru yang dimiliki Sarah itu masih dirahsiakan.
Pada perkongsian itu, Sarah meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dilimpahkan buatnya.
Alhamdulillah syukur rezeki hari Jumaat.
‘Syamsul bukan suami saya lagi’
Menjengah ke ruangan komen, terdapat dakwaan yang mengatakan kereta itu merupakan hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Namun demikian, Sarah dilihat terhibur dengan dakwaan tersebut nak menafikannya.
Kenapa dia nak bagi saya hadiah?
Dia bukan suami lagi pun.
Sumber: TikTok @puterisarahliyana