berita

[VIDEO] ‘Konten Seolah Cuba Menghancurkan Rumah Tangga Dibina’ – Kaunselor Tegur Puteri Sarah

October 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

kaunselor

Seorang kaunselor yang dikenali sebagai Redzuan tampil meminta maaf selepas teguran khas yang ditujukan kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana di TikTok telah mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Awak Voice Note Saya, Jangan Marah’ – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Datang Nak Tengok Anak-Anak, Lepas Itu Makan Dua Kali’ – Puteri Sarah

Niat saya berbeza

ira syamsul

Menerusi akaun miliknya, Redzuan menegur akhlak Puteri Sarah yang didakwa keterlaluan apabila sering ‘menguis’ bekas madunya, Ira Kazar dan Syamsul Yusof ketika membuat siaran langsung.

Kita artis kena bagi orang faham mesej akhlak kita. Kita nak sampaikan konten untuk apa? Konten itu seolah cuba menghancurkan rumah tangga yang sedang terbina. Adakah kita nak balas dendam? Saya harap Puteri Sarah faham maksud saya ini.

Walaupun kita diuji dan dikecam, kita terus jadi baik. Itulah akhlak Rasulullah.

Harap konten-konten yang dibuat tidak bermaksud mencemburui ataupun mesej-mesej untuk membalas dan sebagainya. Bila saya menilai dan menonton, saya tanya apa maksudnya? Positi Puteri Sarah tidak seperti watak yang sebelum ini.

Terus jadi baik menjadi watak-watak solehah. Jangan watak yang mengelirukan.

Bagaimanapun Redzuan menerima teguran pengguna media sosial untuk tidak menasihati secara terbuka dan telah menghantar mesej secara peribadi kepada aktres berumur 37 tahun itu.

Ramai yang mengatakan kenapa tidak personal? Kenapa masuk campur? Ini adalah urusan campur tangan dan ramai peminat Puteri Sarah suruh saya buat konten untuk Ira Kazar.

Saya minta maaf atas video itu. Niat saya berbeza tetapi apabila saya kaji semula, bila satu nasihat itu disampaikan kepada umum dan mungkin mereka tidak menerima, salah faham jadi sudah tidak harmoni.

Bila tak harmoni, saya rasa macam mungkin saya perlu sampaikan secara personal. Saya terima teguran itu dan sudah menghantar DM kepada Puteri Sarah.

Tambah Redzuan, sebagai umat Islam, kita telah diajar untuk mengawal kemarahan dan kekal tenang dalam setiap situasi yang berlaku.

Saya menunggu sampai saat ini belum ada jawapan dari Puteri Sarah. Saya ambil konten Puteri Sarah bukanlah saya ikuti live dan sebagainya. Ada yang cakap, ‘Tuan tak tengok live. Ada Ira Kazar dan fake akaun yang datang mengganggu.’

Itulah sebenarnya akhlak kita. Macam mana diganggu dan dikecam. Saya pun dikecam tetapi saya bertindak tenang sebab memang dalam hadis nabi cakap jaga amarah.

Dalam surah ada menyatakan menasihatilah Firaun yang telah kufur dan melampaui batas tetapi tegur dengan cara baik dan bersantun.

Itulah profesional saya maksudkan. Saya bukan nasihat Puteri Sarah saja. Inilah cara nasihat secara terbuka dan anda boleh komen saya. Saya tak ada masalah nak bertemu tetapi ada ke nombor telefon Puteri Sarah?

Nampak ‘busybody’ ke?

PUTERI SARAH LIYANA

Dalam pada itu, Redzuan memberitahu tujuan dia menegur pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kerana dia juga merupakan salah seorang peminat tegar.

Saya dah sampaikan maaf saya pada dia. Kenapa saya buat macam ini? Sebab saya meminati dia secara personal. Saya dan isteri minat dengan lakonan dia sebelum terjadinya kes dengan Syamsul.

Buat apa saya nak buat konten Ira Kazar? Saya tidak mendalami dan mengenali dia. Saya hanya mengikuti Puteri Sarah. Melihat kerjaya saya, adakah saya ini menyibuk? Saya banyak kerja yang lain.

Difahamkan, kedua-dua video terbabit sudah dipadam selepas artikel ini ditulis.

@ohbulanofficial Seorang kaunselor yang dikenali sebagai Redzuan tampil meminta maaf selepas teguran khas yang ditujukan kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana #ohbulan #sembangentertainment #puterisarahliyana #redzuan ? original sound – OHBULAN!

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×