berita

‘Saya Burnout, Tak Pasti Adakah Ini Keputusan Yang Tepat’ – Shila Amzah

November 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

shila burnout

Penyanyi, Shila Amzah mengakui dirinya kini berada dalam keadaan sangat penat dengan karier sebagai seorang anak seni yang diceburi sejak dari bangku sekolah lagi.

Artikel Berkaitan: Shila & Syahir Tumpas Di Tangga Terakhir Di Famili Duo Minggu Ke-3 – ‘Adik Kena Tonjol Diri Bantu Kakak’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kacau Ubai’ – Gosip Pelakon Wanita Buat Shila Amzah Bimbang Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Shila perlukan kekuatan

shila burnout

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah telah membuka ruang soal jawab yang membolehkan warganet berinteraksi dengannya.

Shila menyatakan bahawa dia sedang mencari kekuatan, lalu salah seorang pengikutnya dilihat memberikan kata-kata semangat.

Awak boleh melakukannya Sha, sebab awak pernah buat sebelum ini. Dahulu awak mampu bertahan dan sudah semestinya awak boleh menghadapinya lagi.

Penyanyi berusia 33 tahun itu kemudian memberi respon dengan mendedahkan situasi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Saya ‘burnout’, saya tidak pasti jika saya buat keputusan yang tepat untuk kerjaya saya.

Saya sering mempersoalkan diri saya sejak kebelakangan ini.

Saya tidak tahu bagaimana untuk memperbetulkannya.

Bagaimanapun, Shila tidak mendedahkan secara terperinci apakah punca dia mengalami keletihan melampau dan berfikiran seperti itu.

Namun tinjauan OhBulan! mendapati pelantun lagu Patah Seribu itu telah pun memadam hantaran berkenaan.

Terdahulu, persembahan Shila dan Syahir pada minggu ketiga Famili Duo 3 (FD3) berada di tangga tercorot apabila memperoleh markah hanya 42.5 % selain mendapat teguran daripada pihak juri.

FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

Sumber: Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×