Bekas isteri kepada Syamsul Yusof, iaitu Puteri Sarah Liyana menegaskan tidak akan kembali rujuk dengan bekas suaminya itu meskipun pengarah sensasi itu akan bercerai dengan Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: Instagram Puteri Sarah Kena ‘Serbu’, Netizen Pesan Jangan ‘Get Back’ – ‘Ingat Balik Perjuangan Untuk Bangkit’
Tak mungkin kembali
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga tidak mahu dikaitkan lagi dengan Syamsul di masa akan datang.
Kembali pada Syamsul? (rujuk) Tak kot. Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.
Kalau boleh saya memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai komen yang dikeluarkan segelintir netizenyang menyifatkan kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Ira sebagai kifarah.
Jelas Puteri Sarah, dia tidak mahu masuk campur mengenai urusan rumah tangga mereka.
Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG).
Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua.
Puteri Sarah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas kes prosiding tuntutan saman itu selesai di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.
Doakan yang terbaik
Ketika ditanya adakah dirinya bersimpati dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi Syamsul dan Ira, ibu kepada dua orang anak itu kelihatan terkedu seketika.
Saya tak tahu nak cakap macam mana.
Cuma saya bersimpati dan mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ ini memaklumkan Syamsul tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah meskipun sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia.
Apa yang berlaku pada dia, itu saya tak masuk campur.
Terdahulu, Syamsul dan isteri, Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka dan terpaksa ditangguh kepada 25 September depan.
Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.
Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah sebagai isteri pertama pada ketika itu nekad memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.