Pelakon, Puteri Sarah gagal menahan air mata apabila mengenang semula jasa dan pengorbanan ibu bapanya, Megat Kamarudin dan Paridah Puteh serta keluarga mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tumpahkan Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam Naskhah ‘Terus Melangkah’ – ‘Banyak Kali Menitis Air Mata…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Seronok Bawa Watak Penyondol – ‘On Fire! Saya Ingin Beri Pengajaran Kepada…’
Sebak kenang jasa
Air mata Sarah gugur ketika dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada keluarga dan keluarga mentuanya di majlis pelancaran buku miliknya berjudul Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di PWCT, Kuala Lumpur, malam Selasa.
Menurut Sarah, insan-insan tersebut merupakan sumber kekuatan baginya selepas dia melalui banyak ujian dan rintangan hidup.
Keluarga merupakan perkara yang sangat penting untuk saya. Kalau tanpa keluarga saya, belum tentu saya kuat dan sampai ke tahap ini. Terima kasih mama papa.
Mereka adalah sumber kekuatan saya dan juga anak-anak.
Malah, aktres berusia 36 tahun itu dilihat beberapa kali mengesat air matanya yang mengalir di hadapan khalayak ramai yang hadir pada majlis tersebut.
Pada majlis pelancaran itu juga, Yusof Haslam dan isteri, Patimah Ismail dilihat hadir memberi sokongan kepada menantunya itu yang juga isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Turut bersama pada majlis pelancaran ialah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama penulis utama buku yang juga pengurus serta kawan rapat Puteri Sarah, Emi Anvepa.
Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk pre-order di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama sebelum 31 Mei 2023. Harga asal adalah RM49.90.