Pelakon, Puteri Sarah akui seronok membawakan watak sebagai seorang ‘penyondol’ atau perampas suami orang menerusi drama lakonan terbaharunya berjudul Hijrah Jannah.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tak Tahu Isu Lafaz Cerai 2 Kali Pada Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Arah Syamsul Atau Puteri Sarah Fail Dakwaan Lafaz Dua Kali Cerai’
Watak penyondol
Ketika ditemui Oh Bulan!, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat, 38, berkata, dia tidak memikir panjang ketika ditawarkan watak antagonis bernama Munirah dalam drama tersebut.
Malah, Sarah turut berpendapat, dia sebagai seorang pelakon perlu mempelbagaikan watak yang diterima agar dapat mencabar kredibilitinya sebagai seorang aktres.
Saya mengambil watak ini bukan untuk merasai bagaimana perasaan seorang penyondol mahupun membalas dendam pada sesiapa, tetapi saya ambil kerana watak bernama Munirah itu seorang yang antigonis dan mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.
Saya ingin mencuba watak yang lain daripada kebiasaan. Malah sewaktu ditawarkan watak ini, saya tak fikir panjang, terus terima. Lets go. Saya rasa sangat menarik bawa watak ini, macam on fire.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Hijrah Jannah yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, disoal adakah sudah bersedia untuk dikecam memandangkan watak tersebut seakan mempunyai kaitan dengan kisah peribadi rumah tangganya, Sarah berkata, dirinya bersiap sedia untuk sebarang isu yang akan dibangkitkan kelak.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia juga bersikap profesional ketika di lokasi penggambaran dan tidak sekali pun mencampur aduk masalah peribadi dengan kerjaya.
Saya tidak melibatkan masalah peribadi dengan kerja. Kalau ada masalah peribadi saya akan letak tepi. Bila saya on set, roh watak dan bekerja terus masuk.
Saya percaya penonton pasti akan kaitkan dengan kisah rumah tangga saya dan jadikan isu, tapi pada saya kenapa tidak mencuba sesuatu watak yang baru macam ini. Saya tidak tahu kenapa, tapi rasa seronok sangat bawa watak ini (penyondol).
Saya juga tidak menyokong sesiapa, saya hanya ingin memberikan pengajaran kepada netizen di luar sana untuk menonton dan memahami situasi sebenar jika berdepan situasi sebenar.