Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tangguh lafaz cerai terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syamsul Minta Diskaun Sangat Banyak’ – Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengenai Diskaun Nafkah Anak-Anak, Syamsul Yusof Jawab, ‘Nak Balik Penat’
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga
Nak terus saman keluarga Kazar
Menurut peguam syarie mewakili Syamsul, Mohd Azmi Rais berkata, terdapat beberapa perubahan terma dalam draf persetujuan yang dicapai sebelum ini menerusi satu pertemuan di antara kedua belah pihak.
Kata Mohd Azmi Rais, punca utama Syamsul tidak melafazkan cerai kerana Puteri Sarah enggan tarik saman terhadap keluarga Ira Kazar.
Apabila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya Puteri Sarah masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.
Dalam pada itu, Mohd Azmi Rais mendedahkan Puteri Sarah telah meminta jumlah mutaah yang tinggi kepada Syamsul.
Puteri Sarah juga meminta jumlah mutaah tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh Syamsul. Bagaimanapun, kami ada mencadangkan beberapa terma lain, tetapi tidak dipersetujui.
Jadi, dari segi penyelesaian tidak ada dan itu adalah punca kenapa kes ini masih berlanjutan.
Pada hari ini, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.
Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@ohbulanofficial Replying to @zai.majid PS tetap mahu ambil tindakan terhadap keluarga Kazar.. #ohbulan #fyp #puterisarah