Proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof tertangguh selepas peguam wakili pengarah itu, Azmi Mohd. Rais meminta pihak plaintif untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu oleh aktres tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Masalah, Syamsul Dapat Beraya Dengan Anak-Anak’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Buang Masa, Nak Fokus Kerjaya – ‘Saya Nak Fly High’
Tak tahu cerai 2 kali
Menurut Azmi, hakim telah mengarahkan supaya isu lafaz cerai yang dibangkitkan pihak Puteri Sarah diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes-kes lain termasuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) diteruskan.
Pihak hakim meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa telah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi dapatan (keputusan) JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq.
Azmi berkata demikian sejurus usai sesi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menurut Azmi lagi, prosedur JKP yang dilakukan sebelum ini sepatutnya dibuat bersama dan bukanlah secara berasingan.
Pengerusi JKP memberi keterangan mengenai cara pengendalian sesi JKP dan berpendapat sesi tersebut sepatutnya dibuat secara berasingan mengikut situasi.
Tetapi kami tidak bersetuju. Kami juga memandang serius prosedur itu dan mengenai dakwaan lafaz cerai itu pun anak guam (Syamsul) saya tidak tahu kerana prosedur tersebut dijalankan secara berasingan.
Itulah masalahnya apabila JKP dibuat secara berasingan. Ambil nota tetapi pihak dan wakil tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi isu lafaz cerai ini anak guam saya tidak menjawab dalam prosedur JKP.
Tambah Azmi, hakim mengarahkan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan dahulu kes pengesahan lafaz cerai yang perlu difailkan oleh pihak plaintif.
Isu yang lebih penting sekarang adalah Yang Arif telah memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai.
Jadi pada 14 Jun ini adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai.
Sementara itu, Syamsul enggan memberikan sebarang penjelasan dan menyerahkan segalanya kepada peguam yang dilantik.
Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tergangguh.
Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz cerai ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.