berita

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Rindu Kereta Lamborghini Syamsul -‘Saya Ada Sendiri Dekat Rumah’

July 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dilihat menyertai acara pertunjukan kereta jenis sport car yang berlangsung di litar Sepang, Selangor.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lamborghini Berasap Tengah Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Reda Berpisah, Demi Masa Depan Anak-Anak

Lamborghini Syamsul

Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, Syamsul dilihat mempamerkan kereta mewah jenis Lamborghini miliknya pada acara berkenaan.

Kehadiran pengarah filem Mat Kilau itu telah membuatkan rata-rata pengunjung yang hadir berasa teruja lantas merakam momen Syamsul bersama kereta miliknya yang berwarna keemasan itu.

Sarah tak rindu

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan wargamaya adalah komen yang ditinggalkan seorang pengguna di ruangan balas selepas ‘memetik’ nama bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah.

Individu tersebut telah bertanyakan kepada Sarah adakah dia tidak merindui bekas suami dan kereta tersebut.

Komen berkenaan kemudian mendapat perhatian aktres tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak merindui Syamsul. Malah, Sarah berseloroh mengatakan dia juga memiliki kereta Lamborghini di rumahnya.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Video

@turboogsm Penampakan Shark di Litar Sepang ? | #syamsulyusof #aventador #utamamotor #malaysiansupercar #sepanginternationalcircuit #klgangster #supercarmeet #malaysiantiktok #jdmcarsoftiktok #stradman #trackday #nim199 #lamborghiniaventador #monacosupercars #fyp??viral #fyp #supercarstiktok #fyppppppppppppppppppppppp #jdmindonesia @TheStradman #malaysianactor ? What It Is – Solo Version – Doechii


Sumber: TikTok (Turboogsm)

 

 

SKIP THIS AD ×