Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penceramah bebas, ustaz Ebit Lew yang menjadikan laman sosial miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus’ kepada orang ramai. Ternyata, pendekatan yang digunakan oleh ustaz Ebit berjaya membuka hati ramai orang untuk menerima dakwahnya.
Terbaru, beliau ada berkongsi sebuah video berdurasi 03:32 saat yang menunjukkan kisah seorang suami yang pernah rasa putus asa dalam hidup kerana kesempitan hidup yang dialaminya.
Rasa lebih baik mati je
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/videos/530333447727865/
Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja.
Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.
Doa seorang isteri solehah
Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kasih pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah.
Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.
Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kasih Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya.
Reaksi netizen
Rata-rata turut sebak dan mengalirkan air mata selepas menonton video ini. Ada juga diantara warganet yang berkongsi pengalaman mereka yang hampir putus dalam hidup.
Sumber: Ebit Lew