berita

[VIDEO] Putus Kepala Langgar Lori Ais

September 24th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang warganegara Bangladesh, terlibat dalam sebuah kemalangan tragis yang terjadi di Permatang Rawa, Pulau Pinang. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang sebuah motosikal  sebelum bertembung dengan sebuah lori dan kereta.

Dilenyek lori

 

Foto: Penang Kini

Menerusi video lima saat itu, penunggang motosikal dikatakan dilanggar sebuah kereta berwarna merah sebelum hilang kawalan dan memasuki jalan bertentangan. Pemandu lori ais yang datang dari arah bertentangan tidak sempat menekan brek lalu merempuh dan menggilis mangsa di tempat kejadian.

Menurut Penang Kini, kemalangan tersebut terjadi awal pagi tadi. Mangsa maut di tempat kejadian dan paling menyedihkan, kepala warga Bangladesh itu dikatakan terputus daripada badan.

Al-fatihah

Sumber: Penang Kini

SKIP THIS AD ×