berita

[VIDEO] Raf Yaakob Jawab Lambang Bintang Dekat Cincin – ‘Jangan Fikir Bukan-Bukan’

February 1st, 2024 | by Alia
Kini Trending

raf cincin

Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob berkongsi momen ketika menghadiri majlis jenama fesyen terkenal yang turut menampilkan ikon bola sepak antarabangsa, David Beckham malam tadi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Jenis Yang Tinggalkan Anak-Anak Macam Tu Je’ – Raf Yaakob

Artikel Berkaitan: Terima Sahaja Seadanya Mungkin Allah Tahu Apa Yang Terbaik’ – Raf Yaakob

‘Lain macam lambang cincin’

raf cincin

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Raf dilihat teruja apabila dapat bertemu secara dekat dengan bintang bola sepak popular itu.

Selain Raf, turut kelihatan beberapa orang selebriti tempatan di acara tersebut antaranya pelakon, Hisyam Hamid dan penyampai radio, Radin.

Difahamkan kehadiran bekas pemain Manchester United itu di ibu negara adalah untuk acara perasmian The World of The Predator Exhibition by Adidas yang berlangsung di pusat beli belah The Exchange TRX hari ini.

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata menghujani ruangan komen dengan menyoal Raf tentang cincin yang dipakainya.

Warganet mendakwa lambang bintang pada cincin tersebut mempunyai maksud tersirat.

Tidak berdiam diri, Raf kemudian tampil menjawab dakwaan berhubung cincin berkenaan.

Jangan fikir bukan-bukan ya. Bintang Nabi Daud + Kalimah Nabi Muhammad SAW dekat cincin tu.

@rafyaakob9

Welcome to Kuala Lumpur David Beckham! ????

? Strangers (feat. Kenya Grace) [Sped Up] – Sped Up Songs + Nightcore

Sumber: TikTok Raf Yaakob

SKIP THIS AD ×