Usahawan Raf Yaakob tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada mana-mana wanita untuk dijadikan pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Jenis Yang Tinggalkan Anak-Anak Macam Tu Je’ – Raf Yaakob
Artikel Berkaitan: ‘Terima Sahaja Seadanya Mungkin Allah Tahu Apa Yang Terbaik’ – Raf Yaakob
Tak memilih kerja
Menurut Raf, latar belakang pekerjaan bakal isteri tidak menjadi satu masalah, namun yang menjadi keutamaan adalah wanita tersebut boleh menerima dia dan anak-anaknya dengan seadanya.
Selain itu, Raf juga mahukan seorang isteri yang mempunyai asas agama Islam.
Semestinya jodoh itu rahsia Allah, jadi tidak kisah dia kerja apa sekali pun.
Pegawai kerajaan ke, peguam, doktor, penjual goreng pisang, pelakon, pramugari mahupun founder produk, saya tidak kisah.
Yang penting dia boleh terima saya seadanya, sayang anak-anak saya, mendengar kata dan ada asas agama Islam dalam hidup.
Raf berkata demikian selepas diajukan soalan daripada seorang pengikut yang bertanyakan kepadanya ‘terima tak wanita biasa untuk dijadikan isteri’ ketika melakukan sesi soal jawab (Q & A) di Instagram Story.
Untuk info, Raf yang juga adik kepada penyanyi dan cef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mawar Rashid pada November 2017.
Bagaimanapun perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama tujuh tahun apabila mereka disahkan bercerai pada November lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Sumber: IG Raf Yaakob