berita

[VIDEO] Rakam Video Mendaki, Terkejut Bila Tengok Balik Ada Suara ‘Nenek’ Tua Berbisik…Seram!

December 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending


Seorang gadis kongsi pengalaman seram diganggu makhluk halus ketika mendaki bukit di Port Dickson.  Menurutnya, dia terkejut mendengar suara perempuan garau di dalam video rakamannya walaupun tiada perempuan lain disitu selain dirinya. Aik suara siapa pulak itu?

Dengar suara perempuan garau

Lebih 2k retweet, gadis ini kongsi video seram ketika dalam perjalanan turun dari trek di Tanjung Tuan, Port Dickson. Dalam video berdurasi kurang 1 minit itu, ada satu suara perempuan ‘menegur’. Namun apa yang menghairankan adalah orang yang merakamkan video ini adalah lelaki. Datang mana suara perempuan pula?

Ada ramai orang kat depan

Lebih menyeramkan apabila anak buah gadis ini memberitahu ada ramai orang di hadapan mereka. Gadis ini terus menarik anak buahnya ke hadapan dan kuatkan diri meneruskan perjalanan ke bawah. Di ruangan komen, ada juga berkongsi pengalaman mereka sendiri ketika berada di Tanjung Tuan.

Pengalaman seram orang lain

Netizen mendakwa tempat tersebut sememangnya salah satu tempat yang agak ‘keras’ dan berbahaya jika membuat aktiviti berseorangan. Ada yang kongsi kisah pernah melihat seorang wanita histeria di sini. Tak kurang juga yang pernah terserempak dengan orang berpakaian putih berkhemah. Apa-apa pun semoga kita semua dilindungi dan kurangkan aktiviti waktu senja.

Sumber : Lily

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×