berita

Video Rakaman Misteri Ketuk Pintu Di Temerloh, Kali Ini Siap Baling Barang Lagi!

December 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di Temerloh, Pahang, misteri ketukan pintu dipercayai semakin menyeramkan apabila ianya melibatkan gangguan fizikal. Menerusi Youtube FBI Channel, sebuah keluarga di Taman Temerloh Jaya, terkena gangguan tersebut selama tiga malam bermula 27 Disember yang lalu. Seramnya!

Benda tu baling botol air

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, AlongNazarr, kelihatan beberapa orang individu sedang berada di hadapan pintu pagar rumah keluarga tersebut yang dipercayai sedang diganggu. Sebaik pintu dibuka, penduduk rumah tersebut berlari keluar bagi menyelamatkan diri. Orang ramai yang berada di tempat kejadian memanjat pagar bagi memberikan bantuan.

Susulan daripada rakaman itu juga, pembantu kepada seorang pengamal perubatan Islam iaitu Saiful Affendi Ismail, memberitahu bahawa keluarga tersebut terkena gangguan ketukan pintu selama tiga malam. Tambahnya, keadaan bertambah teruk apabila berlakunya gangguan di mana makhluk tersebut membaling barang dan menutup lampu. Jelasnya lagi, rumah tersebut didiami seorang ibu tunggal orang kurang upaya (OKU) bersama tiga anaknya dan seorang anak angkat.

Mengamuk dan tutup semua lampu

https://www.youtube.com/watch?v=PYSPh8AHWjk

Saya dapat panggilan telefon selepas solat Isyak. Masa orang itu telefon, saya terdengar ada bunyi ketukan yang kuat. Saya terus pergi rumah dia. Tiga kali kejadian tersebut berlaku dan terdapat sedikit keganjilan. Oleh itu, kami telah memanggil seorang ustaz dari pusat rawatan Islam. Kami tunggu kalau ada benda pelik dekat rumah tu. Semasa tengah membaca ayat suci, benda tu baling botol air sehingga terpelanting ke arah kami.

Menurut Haiqal iaitu anak kepada tuan rumah berkenaan, makhluk tersebut seolah-olah mengamuk dan menutup kesemua lampu. Ujarnya lagi, hampir lima barang telah jatuh semasa kejadian misteri itu berlaku. Kesemua mereka turut terkejut dan kelihatan menangis semasa keluar dari rumah yang didiami.

Di akhir video tersebut, Saiful turut berharap netizen tidak mengeluarkan komen negatif terhadap keluarga berkenaan dengan tuduhan membela hantu dan sebagainya yang menyebabkan keluarga berkenaan semakin tertekan. Tambahnya, gangguan tersebut telah tiada dan ketakutan keluarga tersebut semakin berkurang. Dia turut mendoakan agar keluarga tersebut dijauhi daripada benda mahupun perkara yang tidak diingini.

Sumber: FBI Channel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×