berita

[VIDEO] Rakaman ‘Voice Note’ Ucapan Hari Lahir Arwah Ridzuan Hashim Buat Anak Undang Sebak – ‘Ayah Doakan Nana..’

November 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

diyana ridzuan

Pemergian pelakon veteren, Allahyarham Ridzuan Hashim memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anaknya.

Terbaharu, anak perempuan arwah iaitu Diyana Ridzuan memuat naik hantaran ketika menziarahi pusara bapanya.

Artikel Berkaitan: Anak Ridzuan Hashim Terkilan Tak Sempat Tunaikan Permintaan Beli Skuter – ‘Ayah Malu Nak Naik Kerusi Roda ..’

Artikel Berkaitan: VIDEO] Anak Ridzuan Hashim Dedah Sebab Pilih ‘Burgundy’ Sebagai Warna Tema Persandingan Abang

Ziarah pusara

diyana ridzuan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Diyana dilihat menangis sambil membaca surah Yassin di pusara arwah Ridzuan.

Difahamkan Diyana menziarahi kubur bapanya itu ketika hari lahirnya yang ke-24 tahun.

Paling meruntun perasaan adalah audio pada video berkenaan iaitu rakaman suara (voice note) arwah pelakon itu yang masih disimpan oleh Diyana.

Ayah doakan Nana sihat walafiat, panjang umur, dilimpahkan rezeki..hidup bahagia dunia dan akhirat. Amin.

Dalam pada itu, Diyana mengenang kembali momen-momen bersama arwah Ridzuan dengan menulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Hari jadi yang pertama tanpa ayah, tak ada dah tertunggu tunggu ayah nak hantar voice note atau telefon Nana nyanyikan ‘happy birthday’. Saya rindukan ayah.

Tengok la ada anak kucing teman Nana jumpa ayah, ayah tanya kan bila Nana nak datang rumah ayah? Ni Nana datang la ni rumah baru ayah.

Yang tidak pernah terlepas untuk meraikan hari lahir saya walaupun hanya lepak minum teh tarik, ronda-ronda di Kuala Lumpur, semuanya bermakna dan kini saya rindu sangat. Nana ingat lagi dulu ayah pernah 2 tahun belikan Nana scrabble yang sama, tapi tak mengapa Nana menghargainya. Puteri ayah ini sentiasa merindui ayah.

Netizen sebak

diyana ridzuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar ucapan tersebut selain turut mendoakan Diyana agar sentiasa kuat menjalani ujian kehilangan orang yang paling disayangi.

Pada 4 Mei lalu, Ridzuan disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya yang terletak di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992. Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2002.

Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata Nur Dhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini dan Nur Diyana.

 

View this post on Instagram

Sumber: IG Diyana Ridzuan

SKIP THIS AD ×