Satu kisah unik buat dua rakan sekerja apabila status mereka bakal berubah menjadi bakal menantu dan mentua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Pemuda Tak Jadi Kahwin Dedah Dah Mula Sayang Bakal Menantu Sejak Pertama Kali Berjumpa – ‘Dia Ibarat Perempuan Melayu Terakhir’
‘Kawanku, menantuku’
@beiydaazahar Kawanku.. bakal menantuku… jodoh itu rahsia Allah..one step closer..@bell4 ? original sound – officialnohsalleh
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Abidawati Ahmad memuat naik gambar dirinya bersama rakan sekerjanya sewaktu bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Abidawati memaklumkan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Bella bakal menjadi menantunya tidak lama lagi di ruangan kapsyen.
Kawanku, bakal menantuku.
Jodoh itu rahsia Allah, one step closer.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih lebih 180,000 tontonan dan lebih 9,500 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Abidawati yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.
Sementara itu, Abidawati sempat memaklumkan bahawa dirinya dan Bella sudah tidak lagi bekerja di restoran makanan segera berkenaan.
Komen netizen
Sumber: TikTok