Misteri kehilangan seorang wanita iaitu Nur Farah Kartini terungkai apabila mayatnya ditemui selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.
Bagaimanapun, keluarga dan rakan-rakan wanita itu sangat terkesan dengan kematiannya yang tragis dan tidak diduga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amin Idris Selar Netizen Cetus Spekulasi Negatif Kematian Nur Farah Kartini – ‘Duduk Diam Lagi Baik Daripada Tulis Komen Menghina’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lambaian Terakhir Nur Farah Kartini Jadi Kenangan – ‘Kepulangan Yang Kami Nantikan Tapi Allah Lebih Sayang’
Arwah sahabat yang baik
@azuanisa_ Dengar luahan dari kawan baik arwah Nur Farah Kartini. #farahkartini #justicefornurfarahkartini
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang pemuda iaitu rakan kepada arwah Nur Farah Kartini menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang sopan ketika berbicara.
Saya dan Farah berjumpa di program kepimpinan di universiti. Sepanjang kami kenal, arwah sangat baik.
Dia tak pernah bahasakan dirinya ‘aku’, dia bercakap dengan lemah lembut dan bahasakan dirinya sebagai ‘Faa’.
Dalam nada sebak, pemuda tersebut berkata, dia tidak dapat melupakan jasa gadis yang berasal dari Sarawak itu kerana membantunya semasa berada di hospital.
Saya masih ingat, semasa saya mengalami kemalangan dekat Tanjung Malim, keluarga saya jauh di Terengganu tapi dia adalah orang pertama yang ada di wad kecemasan.
Tapi bila dia tak ada saya tak dapat cari..dia sangat baik.
Justeru itu, dia berharap agar Allahyarhamah Nur Farah Kartini mendapat pembelaan yang seadilnya.
Media tak perlu buktikan dia baik, dunia boleh buktikan.
Kita doakan untuk dia dan semoga dia mendapat keadilan di dunia dan di akhirat.
Untuk info, seusai selesai pengecaman mayat dan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh, jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu telah selamat dikebumikan petang Khamis di Pekan, Pahang.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Sumber: TikTok