berita

[VIDEO] Rakyat Indonesia ‘Histeria’ Bila Ahli Kumpulan Super Junior Nyanyi Lagu Tegar Bersama Rossa

June 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Jika sebelum ini penyanyi dan pelakon Korea, Park Bo Gum telah mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia bersempena Park Bo Gum Asia Tour. Kali ini giliran Super Junior pula mengadakan konsert jelajahnya di Jakarta, Indonesia beberapa hari yang lalu.

Konsert yang diberi nama Super Show 7S itu berjaya mencuri perhatian netizen apabila dua ahli kumpulan Super Junior iaitu Yesung dan Ryeowook telah berduet bersama Rossa sambil menyanyikan lagu ‘Tegar’ nyanyian asal penyanyi itu sendiri. Wow dahsyatnya!

Sedapnya suara

Menerusi Youtube Ajeeng, sebuah video berdurasi 6:00 telah dimuat naik. Video tersebut menyaksikan kolaborasi Yesung, Ryeowook dan Rossa sedang menyanyikan lagu Tegar. Ternyata semua peminat yang hadir ke konsert itu terhibur dan bersorak ketika mereka melakukan persembahan.

His pronounce so good

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan kedua-dua penyanyi Korea tersebut ketika menyanyikan lagu berbahasa Melayu, malah sebutan bahasa melayunya sangat jelas dan mudah difahami. Netizen juga meluahkan rasa supaya Rossa dan kedua-dua penyanyi itu memasuki studio rakaman bagi menghasilkan version baru untuk lagu itu.

Sumber: Rossa & Ajeeng

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×