berita

[VIDEO] Rakyat Sebak Agong Bakal Pulang Ke Pahang Lagi 239 Hari -‘Nanti Kami Rindu…’

June 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bagai menghitung hari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah bahawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya mempunyai kira-kira 239 hari, sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Turkiye & Syria: Agong & Permaisuri Zahir Ucapan Takziah, Seru Masjid Buat Solat Hajat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telatah Pemuda Dengan Rambut Palsu ‘Naruto’ Buat Agong Tepuk Dahi

239 hari

Memetik Harian Metro, Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada Allah SWT, untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun.

Dalam perkiraan Beta, hanya 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, pada Isnin.

Rakyat sebak

Sementara itu, rata-rata rakyat yang mendengar perkhabaran tersebut meluahkan rasa sedih mereka di laman sosial.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan seorang pengguna di laman TikTok iaitu @blqisyaaa, ia menyaksikan beberapa momen indah Seri Paduka dan Permaisuri Agong sekaligus mengundang rasa sebak wargamaya.

Dalam masa sama, netizen memuji sikap murni Seri Paduka dan Permaisuri Agong yang berjiwa rakyat.

Sementara itu, ramai juga yang mengatakan mereka bakal merindui telatah bersahaja Seri Paduka dan Permaisuri Agong.

Video

@blqisssyaa 239harilagi?#daulattuanku #yangdipertuanagong #rajapermaisuriagong #fy #foryou ? original sound – syaaaaa

Sumber: Harian Metro, TikTok

SKIP THIS AD ×