berita

Gempa Bumi Turkiye & Syria: Agong & Permaisuri Zahir Ucapan Takziah, Seru Masjid Buat Solat Hajat

February 7th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita di atas tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria.

Artikel Berkaitan: Angka Mangsa Gempa Bumi Meningkat 268 Orang, Jokowi Ikrar Bantu Bina Rumah Anti Gempa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pergi Memancing Buat Kali Kedua, Agong Berjaya Tangkap Siakap Seberat 3kg..Memang Power Lah!

Zahir solidariti

Ucapan berkenaan dizahirkan kepada kerajaan dan seluruh rakyat kedua-dua negara terbabit termasuklah ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah buruk itu hingga mengakibatkan kehilangan ratusan rakyat serta kerosakan harta benda.

Seri Paduka berdua berdukacita atas kehilangan ratusan nyawa dalam tragedi itu serta menzahirkan harapan seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Menurut kenyataan Istana Negara, semasa tempoh ini, Seri Paduka berdua dan Malaysia akan bersolidariti dengan rakyat Turkiye dan Syria serta mendoakan agar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan dengan segera, selain mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.

Di samping itu, Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar semua masjid mahupun surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon keselamatan mangsa dan keluarga mereka. Bukan itu sahaja, para jemaah juga digesa mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.

Untuk info, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Selatan Turkiye pada pagi Isnin telah merekodkan sebanyak 1,498 angka korban, manakala 8,533 lagi cedera dan 2,834 bangunan musnah dalam trgedi berkenaan.

Sumber: Istana Negara

SKIP THIS AD ×