Di TikTok, kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong memberitahu dia pernah menghidap masalah saraf yang dikenali sebagai Bell’s Palsy sejak 12 tahun yang lalu.
Ramai lelaki tak boleh terima saya
Dia ni mesti tak setia, biasa saya dengar. Saya kene Bell’s palsy 12 tahun yang lepas. Macam-macam treatment dah saya buat. Tapi saya sembuh ke tahap ini je. Ramai lelaki yang tak boleh terima saya macam ni. Jumpa sekali je pastu tak nak jumpa dah.
Tak apa la, bukan jodoh saya. Sejujurnya sekarang baru saya ada keyakinan diri untuk cerita tentang Bell’s Palsy. Sebelum ni saya berdiam je even ada yang mengata dan kutuk saya. Tak kurang juga screenshot muka saya yang senget untuk jadi bahan ketawa.
Menurut Shikin, ramai lelaki di luar sana tidak boleh menerima keadaan wajahnya ketika menghidap masalah tersebut. Ujar Shikin, dia baru sahaja mendapat keyakinan diri untuk berkongsi masalah berkenaan di media sosial. Masih berusaha mencari penawar untuk sembuh sepenuhnya, Shikin berkata dia sudah memaafkan semua pihak yang pernah mengutuk dirinya.
Video
@shikin_maembong Dia ni mesti tak setia ? (biasa saya dengar) Saya kene Bell’s palsy 12 tahun yang lepas.. macam-macam treatment da saya buat.. tapi saya sembuh ketahap ini je.. Ramai lelaki yang tak bole terima saya camni ? jumpa sekali je pastu tak nak jumpa dah.. takpe la, bukan jodoh saya tu.. Honestly, skrg baru saya confident untuk cerita tentang Bell’s palsy saya. Sebelum ni saya berdiam je even ada yang mengata dan kutuk saya.. tak kurang juga screenshot muka saya yang senget untuk jadi bahan ketawa.. tapi takpe, saya da maafkan pun ? Sebab saya masih belum putus asa untuk ikhtiar sembuh sepenuhnya. Allah maha besar, miracle can happen jika kita tak lupakan dia.. insyallah doakan saya ? Nak tak saya share simptom atau macam mana kena? dan mcm mana saya built up balik my confident? Kalau NAK, bole tolong tekan LIKE, COMMENT & SHARE.. love u guys ? doakan saya sembuh sepenuhnya.. (Video smlm kene blok, saya buat yang baru tanda support BELL’s PALSY SURVIVOR mcm saya ?) #bellspalsy #bellspalsyrecovery #bellspalsysurvivor #bellspalsyawareness #maembong #shikinmaembong #ladybosscekopis #terimasayaseadanya #jodohiturahsiaallah #syukur #cekopisbyshikinmaembong #cekopis
Sumber: Shikin Maembong