berita

[VIDEO] ‘Ramai Yang Cuba Hamil, Tapi…’ – Zahirah Tuju Mesej Positif Buat Bakal Ibu

September 12th, 2020 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Baru-baru ini, pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Zahirah memaklumkan dia kini sedang hamil enam bulan.

Artikel berkaitan: [FOTO] ‘Nampak Dah Hidung Mancung’ – Zahirah Macwilson Umum Hamil 6 Bulan

Terbaru, Zahirah memuat naik video menunjukkan momen sepanjang kehamilannya. Malah, ketika diberitahu hamil, Aiman dilihat menangis sambil memeluk erat isterinya.

Kekal positif, jangan putus asa

 

View this post on Instagram

 

Life is full of suprises & this was the best ? @aimanhakimridza Alot of people have been sending me wishes & doa’s and I am ever so grateful for all the love and support. You guys remind me of why I love sharing things with all of you. Some however, have also been sending me heartfelt stories of how they have been trying to conceive but haven’t been lucky or have.. but suffered a loss along the way. For these messages, I take a moment to appreciate what Allah SWT has blessed me with and for these messages too, I pray for all the women who long for the opportunity to bring a precious little life into this world. My heart goes out to you strong women. Being a mother has always been my dream and I truly pray that each one of you will become mothers some day. Trust his timing, stay positive and never give up on those doa’s. InsyaAllah, your hands will hold those tiny toes one day ? Private Pages Episode 2 is now on youtube. Link in bio. I heard this beautiful song earlier today and fell in-love with the melody & lyrics. @shahilaamzah thank you for creating this magic, hope you don’t mind me stealing it for a minute or three ?? Music: “Penyejuk Hati” @shahilaamzah

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Menurut Zahirah lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana sehingga ke hari ini dia tidak putus menerima ucapan tahniah dan doa daripada para peminat.

Dia juga ada menerima mesej berkenaan dugaan yang dihadapi wanita yang berusaha untuk hamil namun belum dikurniakan rezeki. Dia berdoa semoga wanita-wanita kuat ini diberikan rezeki anak suatu hari nanti.

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita, dia mengakui menjadi seorang ibu adalah impian semua orang. Zahirah berharap mereka tidak putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

Menangis tengok momen ini

Sumber : Zahirah Macwilson

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
'Writing is my passion, not my job' - AE Croft

×